Signal Gold Lenjan

Overtrade Lagi? Cara Ni Akan Bantu Anda Stay Fokus & Profit. 

Slot Terhad untuk yang Serius Nak Profit! Klik button di bawah.

Risiko rendah

Reward 3x ganda

Withdraw sentiasa

Intraday trading

Siapa Gadap? Kisah Jatuh Bangun Seorang Trader

Permulaan Perjalanan: Impian dan Pengorbanan

Nama saya Gadap, nama yang biasa disebut oleh kenalan sejak zaman belajar hingga bekerja. Perjalanan saya dalam dunia trading bermula pada tahun 2008 dengan satu impian besar: kebebasan kewangan dan memberi kehidupan lebih baik kepada keluarga.

Saya mula mengenali Forex selepas melihat iklan di akhbar bertajuk "Cara Mudah Buat Duit dengan Forex." Dengan penuh yakin, saya membeli indikator yang dijual, percaya ia kunci kejayaan. Namun, hakikatnya, ia tidak membantu—saya terus kerugian.

Mentor yang Diabaikan, Jalan yang Berliku

Saya mencuba pelbagai indikator, percuma dan berbayar, dari forum dalam talian. Pada tahun 2010, saya bertemu seorang guru hebat, seorang bekas hedge fund trader. Kami belajar di pondok Masjid Negara. Ketika itu, isteri saya mengandung anak sulung kami, usia kandungannya sudah 7 bulan.

Malangnya, saya terlalu ego. Saya harapkan kejayaan cepat—hari ini belajar, esok sudah pandai trade dan untung. Saya abaikan nasihatnya, membeli banyak buku barat tentang trading, tetapi hasilnya tetap sama. Saya masih gagal.

Cahaya di Hujung Terowong

Antara tahun 2012 hingga 2015, hidup saya penuh cabaran. Saya habiskan ratusan jam melakukan backtest, forward test, mengumpul data, dan mengorbankan masa serta tenaga untuk memahami strategi trading sebenar.

Tempoh ini saya lalui seorang diri, hanya isteri saya yang sentiasa menyokong dari belakang. Akhirnya, pada tahun 2016, dengan izin Allah, saya menemui cara yang akhirnya membawa kejayaan. Setelah lama selesa menyendiri, saya rasa macam dah terbiasa hidup dalam dunia sendiri. Bercerita tentang trading dengan orang lain pun rasa janggal, sebab memang tak ramai yang tahu saya ni seorang trader – hanya keluarga terdekat saja. Hidup macam ni memang agak membosankan juga, sampai akhirnya saya tekad nak keluar dari 'zon selesa' dan mula cuba bergaul dengan trader lain. Tahun 2021 jadi titik mula untuk saya buka diri dan kenal-kenal dengan komuniti trading.

Penyesalan Yang Masih Terasa Hingga Kini

Saya masih menyesal hingga ke hari ini kerana pernah meminggirkan cikgu saya dalam bidang trading. Saya tidak sempat mengucapkan jutaan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Setiap ayat dan pesanan yang di tinggalkan mengambil masa yang lama untuk saya benar-benar fahami. Ia mengambil masa enam tahun untuk saya hadam sepenuhnya maksud di sebalik setiap kata-kata dan tulisan beliau. Malangnya, pada tahun 2014, cikgu saya telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya – dua tahun sebelum saya sempat memahami sepenuhnya hikmah dan ilmu yang beliau kongsikan.

Dunia Prop Trading: Kisah Manis dan Pahit

Pada tahun 2022, saya cabar diri menyertai prop trading. Ia pengalaman yang mencabar tetapi berharga:
✅ 51 kali payout di TFT.
✅ 6 kali payout di FTMO.
✅ 7 kali payout di Ryze Funding.
✅ 5 kali payout di Stocknet Institute.

masih ada beberapa prop firm lain yang telah saya gunakan, cukup dengan empat pilihan di atas sahaj dulu. Namun, cabaran seperti payout denied, alasan-alasan tanpa bukti yang kukuh, serta syarikat yang tiba-tiba menutup operasi membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhenti trade di prop firm pada Mei 2024. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi pengalaman ini mengajar saya banyak perkara dan memberi keyakinan bahawa saya mampu berjaya di mana-mana platform trading sekalipun. Lebih daripada itu, saya ingin membuktikan kepada orang lain bahawa trading adalah kerjaya yang bukan sahaja stabil, tetapi juga mampu menambah sumber pendapatan dengan strategi yang betul.

Kini: Membimbing Orang Lain untuk Berjaya

Sekarang, saya berdagang sepenuhnya di broker dan menguruskan group signal yang aktif. Saya juga menyediakan personal coaching untuk membantu trader lain mengelakkan kesilapan yang pernah saya lakukan serta membimbing apa yang perlu dilakukan.

Visi Saya

Saya percaya kejayaan dalam trading bukan sekadar analisa teknikal dan fundamental, tetapi juga memerlukan psikologi yang kuat dan strategi yang baik. Saya ingin berkongsi pelajaran tentang kesabaran, ketabahan, dan teknik praktikal untuk membantu lebih ramai mencapai kejayaan.

Jom Bersama Saya

Jika anda ingin belajar atau mendapatkan panduan yang lebih jelas, sertai saya di Facebook: Abdul Gadap . Bersama, kita boleh membina kejayaan yang lebih hebat dan bermakna! 😊

Subscribe untuk berita yang menarik!